Oppo Reno5 Dengan Cip Snapdragon 720G Pula Dilancarkan

Oppo Reno5 Dengan Cip Snapdragon 720G Pula Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .


Imbas kembali, Oppo sebelum ini sedia hadir dengan rangkaian siri Reno5 untuk pasaran China yang terdiri dengan tiga pilihan berbeza – Oppo Reno5 5G, Oppo Reno5 Pro dan Oppo Reno5 Pro+. Dalam perkembangan terkini, jenama dilihat muncul dengan sebuah lagi model di bawah siri yang sama. Tetapi, tidak disertakan dengan sokongan 5G terbina.

Turut dikenali sebagai Oppo Reno5, peranti pintar ini bagaimanapun dilihat sedikit berbeza dengan siri yang dilancarkan di China sebelum ini. Untuk spesifikasi, ia mempunyai skrin bersaiz 6.43-inci FHD+ AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dikatakan menyokong pengimbas cap jari pada paparan.

Seterusnya, ia menggunakan cip yang sama seperti Oppo Reno4 Pro sebelum ini iaitu Snapdragon 720G. Memori pula 8GB RAM, sementara storan dalaman sebesar 128GB. Baterinya digunakan pula berkapasiti 4,310mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Oppo Reno5

Akhir sekali, konfigurasi kameranya terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel untuk tetapan sensor utama. Kamera swafoto pula adalah 44-Megapixel. Untuk harga, Oppo Reno5 4G dijual pada VND 8,690,000 sekitar ~RM1,512 untuk seunit.

Pengenalan ini bagaimanapun bukan satu perkara yang mengejutkan. Ia berikutan, perkara yang sama turut berlaku ketika pengenalan siri Oppo Reno4 sebelum ini. Di mana, penawaran untuk spesifikasi adalah berbeza mengikut pasaran tertentu.



Paling Popular