Amazon Mengambil-Alih Rangkaian Podcast Wondery

Amazon Mengambil-Alih Rangkaian Podcast Wondery

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .

Amzon hari ini mengumumkan mereka akan mengambil alih rangkaian podcast Wondery. Apabile pengambil alihan selesai, Wondery akan menyertai Amazon Music. Nilai pembelian tidak diumumkan tetapi ia menunjukkan Amazon juga serius untuk memberikan saingan kepada Spotify setelah menawarkan podcast di Amazon Music sejak September lalu.

Pengumuman hari ini adalah mengejutkan kerana sebelum ini Sony dan Apple turut dilaporkan berminat untuk mengambil alih Wondery. Wondery adalah rangkaian podcast yang menerbitkan siri popular Dirty John,” “Dr. Death,” “Business Wars,” dan “The Shrink Next Door.” Walaupun akan menyertai Amazon, podcast mereka masih akan ditawarkan pada platform lain buat masa terdekat.


Paling Popular