(Ura-Ura) Samsung Galaxy S21 Juga Tidak Akan Hadir Dengan Fon Telinga

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S21 Juga Tidak Akan Hadir Dengan Fon Telinga

Diterbitkan pada Dis 31, 2020 oleh .

Ura-ura Samsung Galaxy S21 tidak akan dijual dengan pengecas semakin kuat selepas mereka mula memadam iklan yang mentertawakan Apple. Kini peniris maklumat terkemuka Ishan Agarwal, ini bukan satu-satunya aksesori yang tidak akan disertakan oleh Samsung dengan pembelian S21.

Menurut ciapan beliau, fon kepala turut tidak lagi akan diberikan. Sebaliknya hanya kabel pengecas sahaja disertakan di dalam kotak. Tetapi menurut beliau ini hanya disahkan untuk pasaran United Kingdom sahaja. Ura-ura ini sekiranya benar sekalipun tidaklah mengejutkan. Di Malaysia misalnya pembeli awal peranti mercu Samsung akan menerima fon telinga nirwayar secara percuma. Maka menyertakan fon telinga boleh dilihat sebagai membazir.


Paling Popular