Cari @ Amanz

AirPods Max ialah antara fon kepala paling mahal dipasaran sekarang. Sungguhpun begitu ia tidak menyokong pengecaan nirwayar seperti AirPods lain yang agak membingungkan. Kepada pemilik AirPods Max yang masih memerlukan pengecas nirwayar, Max Stand telah dihasilkan.

Max Stand dibangunkan oleh sebuah firma Jerman bagi memenuhi keperluan pengguna yang mengeluh dengan sistem pengecasan berwayar Apple yang kurang menarik. Pemilik hanya perlu memasukkan sebuah dongel kecil pada port Lighthing AirPods Max yang kemudiannya akan bersambung kepada dermaga Max Stand.

Sepanjang pengecasan AirPods Max akan berada di posisi menegak bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian angkup kepala. Bahagian pelapiknya juga berkusyen untuk mengelakkan bahagian penutup telinga dari tercalar.

Pada waktu ini Max Stand sedang mengumpul dana menerusi laman KickStarter. Projek boleh disokong pada harga 59 (~RM293) sebuah. Pelbagai warna ditawarkan selari dengan penawaran warna AirPods Max oleh Apple.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd