Dua Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Apple Dilaporkan Melepasi Ujian Awal

Dua Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Apple Dilaporkan Melepasi Ujian Awal

Diterbitkan pada Jan 1, 2021 oleh .

Samsung adalah pengeluar telefon boleh-lipat terbesar di dunia sepanjang 2020. Dominasi mereka akan diteruskan dengan ura-ura mengatakan tahun ini mereka akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat yang lebih mampu milik. Apple pula masih menantikan waktu yang tepat untuk melakukan perkara yang sama tetapi kini dilaporkan telah memulakan ujian awal.

Apple Paten Lipat

Dua kerangka prototaip dipercayai telah melepasi ujian ketahanan peringkat awal di kilang Foxconn yang terletak di Shenzen. Adalah dipercayai rekaan seakan Z Flip dan Z Fold telah diuji. Sekiranya kesemuanya berjalan lancar, Apple diramalkan akan melancarkan peranti skrin boleh-lipat mereka pada tahun 2022.

Sejak 2017 lagi Apple telah mempatenkan beberapa rekaan peranti skrin boleh-lipat serta mekanisme melindunginya dari kerosakan. Seperti kebiasaannya, Apple gemar menanti beberapa tahun selepas ciri baharu diperkenalkan di Android sebelum mengeluarkan versi mereka tersendiri.


Paling Popular