Xiaomi Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Dari Atas Ke Bawah – Mungkin Mi MIX Alpha 2?

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mi MIX Alpha adalah peranti konsep Xiaomi yang menggunakan skrin melengkung dari sisi terus ke belakang peranti. Peranti ini mempunyai skrin yang menyeluruh seakan sebuah peranti dengan skrin boleh-lipat yang ditutup selama-lamanya. Peranti ini tidak dijual kerana kos pembuatan adalah mahal dan jika dijual harganya akan mencecah belasan ribu ringgit.

Terkini, Xiaomi dilihat telah mempatenkan sebuah lagi peranti seakan Mi MIX Alpha – mungkin Mi MIX Alpha 2. Peranti ini dilihat menggunakan skrin melengkung dari atas ke bawah dan terus melengkung ke belakang peranti. Di sisi pula kelihatan satu skrin kecil memanjang tambahan, yang mana mungkin untuk tujuan kawalan aras suara atau melihat notifikasi. Peranti ini menggunakan dua panel berbeza untuk skrin. Tetapan kamera juga dilihat seakan tri-kamera tanpa lampu LED flash.

Kedua-dua sisi peranti mempunyai skrin, bukan satu sahaja – memberi petanda yang Xiaomi mungkin ada merancang untuk MIUI yang khas untuk peranti ini. Paten peranti ini dilihat didaftar pada 1 Januari 2021, yang mana mungkin tidak akan menjadi realiti dan konsep sahaja. Sebelum ini, Xiaomi mempatenkan peranti dengan skrin boleh-lipat seakan Galaxy Fold tetapi dengan kamera pop-naik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami