ZMI Bakal Melancarkan ZMI 20 Power Bank – Kapasiti 25000mAh Dan 200W Kuasa Pengecasan

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

September dua tahun lepas, ZMI iaitu anak syarikat Xiaomi yang menghasilkan produk kuasa seperti power bank, kabel, bateri, pengecas dan pelbagai lagi – telah melancarkan ZMI 10 Power Bank Pro. Ia adalah power bank dengan bateri berkapasiti 20000mAh. Ia mempunyai kuasa pengecasan 65W secara output dan 45W secara input.

Terkini tahun 2021, mereka telah mengacah kehadiran ZMI 20 Power Bank pula dengan kapasiti 25,000mAh. Kuasa pengecasan power bank ini adalah 200W. Kali ini, ia mempunyai skrin bagi memaparkan baki kuasa secara masa nyata. Ia juga mempunyai dua port USB-C, satu kuasa 100W dan satu lagi 45W. Turut terdapat adalah port USB-A yang didakwa mempunyai kuasa pengecasan mencapai 120W. Ketiga-tiga port ini boleh mengecas serentak pada kuasa maksima 200W dan mengecas power bank itu sendiri menyokong 65W agar dalam masa 2 jam kapasiti 25,000mAh pada power bank ini boleh penuh.

Power bank ini boleh mengecas banyak komputer riba yang menggunakan USB-C tanpa sebarang masalah dan peranti yang mempunyai sokongan pengecasan pantas atas 100W berasaskan Power Delivery turut boleh menggunakan power bank ini. MacBook Pro 13-inci dikatakan boleh dicas sebanyak 1.3 kali dan iPhone SE 20202 boleh dicas dari 0%-100% sebanyak lapan kali. Jika ZMI mengekalkan ciri dan fungsi menarik power bank ZMI 10, ZMI 20 ini mungkin akan menyokong fungsi hab USB juga.

Harga jualan masih tidak didedahkan lagi. Ia akan dilancarkan pada 6 Januari ini. Harga jualan tidak terkejut jika akan dijual pada harga mencecah lebih RM200.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami