Samsung Galaxy Buds Pro Telah Terjual Lebih Awal

Diterbitkan pada Jan 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Buds Pro ialah fon teling TWS yang akan dilancarkan serentak dengan siri Galaxy S21 pada 14 Januari hadapan. Sungguhpun begitu ia telahpun dijual dan telahpun diulas oleh saluran YouTube Digital Slang semalam.

Dari segi rekaan Buds Pro adalah sedikit lebih kecil berbanding Buds+ sebelum ini. Rekaan kerangka Buds Live digunakan semula untuk Buds Pro termasuk sistem lampu LED yang menunjukkan tahap pengecasan. Kerangka dan tubuh fon telinga turut masih diperbuat daripada plastik.

Sungguhpun TWS telah tertiris, aplikasi yang menyokongnya masih belum dilancarkan. Oleh itu keseluruhan fungsi Buds Pro seperti audio spatial tidak dapat diuji. Menurut Digital Slang kemampuan audionya setanding dengan Buds+ tetapi dengan sistem pembatalan hingar ANC terbina.

Tahun lalu ANC pada Buds Live pada hemat kami adalah sedikit mengecewakan kerana tidak mampu menghalang audio luar dari memasuki rongga telinga. Rekaan Buds Pro dari jenis dalam telinga memastikan isu tahun lalu tidak berlaku sekali lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami