Carian
Gelang Tangan Pintar OnePlus Mula Diacah, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi
January 4, 2021 Amy Maizuraa

Sedia maklum, OnePlus sebelum ini dikatakan dalam perancangan untuk hadir dengan gelang tangan pintar mereka sendiri. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama peranti. Tetapi, desas-desus mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai OnePlus Band. Lebih mengujakan, kewujudannya kini telah mula diacah oleh pihak OnePlus menerusi laman web rasmi dan juga Amazon.

Ia bagaimanapun, tidak mendedahkan sebarang spesifikasi pada peranti. Sebaliknya, hanya memperlihatkan sedikit bayangan mengenai peranti menerusi satu poster. Ia dilihat menawarkan rekaan bujur seumpama sejumlah gelang tangan pintar daripada Xiaomi. Namun begitu, masih tidak diketahui sama ada ia bakal hadir dengan skrin berwarna atau sebaliknya. Tetapi, jelas kelihatan ia akan menyertakan penjenamaan ‘OnePlus’ pada muka gelang tangan tersebut.

Buat masa ini, setakat ini sahaja maklumat berkaitan peranti yang diperoleh. Kita mungkin akan mendengar dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini termasuk berkaitan tarikh pelancarannya.

Komen