Xiaomi Mi 10i Dilancarkan Di India Dengan Snapdragon 750G Dan Kamera 108MP

Diterbitkan pada Jan 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi Mi 10i telah dilancarkan di India sebentar tadi dan merupakan Redmi Note 9 5G versi global. Tiada perubahan pada spesifikasi telah dilakukan. Mi 10i mengekalkan skrin 6.67-inci 120Hz LCD dengan kadar segar semula adaptif, dijana cip pemprosesan Snapdragon 750G, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Kamera utama menggabungkan sensor 108+8+2+2 MP yang menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan kedalaman. Pada bahagian hadapan pula kamera 16MP disertakan dalam sebuah lubang skrin.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 4820mAh dengan pengecasan berwayar 33W. Telefon pintar ini masih mengekalkan sokongan pemancar infra merah, NFC, bicu audio 3.5mm, speaker stereo, ketahan kalis air IP53 dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi untuk siri peranti ini.

Di India peranti ditawarkan pada harga ₹20,999 (~RM1152) untuk versi 6/64GB sebelum meningkat ke ₹23,999 (~RM1317) untuk versi 8/256GB. Pada waktu ini ia hanya ditawarkan untuk negara India sahaja.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami