Cari @ Amanz

Bagi memastikan dos yang mencukupi untuk proses vaksinasi rakyat Malaysia dari wabak Covid-19 sebelum penghujung 2021, kerajaan mendapatkan bekalan vaksin dari pelbagai pihak. Persoalan mengenai vaksin mana yang diterima oleh rakyat Malaysia terjawab hari ini menerusi kenyataan yang diberikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini.

Penduduk di dalam bandar akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech manakala penduduk luar bandar pula menerima vaksin AstraZeneca-Oxford. Ini adalah kerana keperluan sistem penyejukan khas untuk vaksin Pfizer-BioNTech. Sebanyak 55 pusat simpanan vaksin ini telah dikenalpasti kerajaan dengan RM16.6 juta akan dibelanjakan kerana kos sistem penyejuk mencecah RM 80,000 sebuah. Vaksin AstraZaneca pula hanya memerlukan storan pada suhu sekitar 8 darjah Celsius dan lebih mudah disimpan di luar bandar.

Vaksin akan mula diterima pada bulan Februari hadapan dengan proses vaksinasi dimulakan pada suku pertama 2021. Secara keseluruhan lebih RM3 bilion telah diperuntukkan kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 82.5% rakyat Malaysia menerima vaksin secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd