Trump Mengharamkan Transaksi Dengan Perisian China Seperti AliPay, WeChat Pay Dan WPS Office

Trump Mengharamkan Transaksi Dengan Perisian China Seperti AliPay, WeChat Pay Dan WPS Office

Diterbitkan pada Jan 6, 2021 oleh .

Ramai meramalkan sekiranya Presiden Trump berjaya dikalahkan oleh Joe Biden, perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat akan akhirnya berakhir. Tetapi dalam minggu-minggu terakhir beliau di tampuk pemerintahan, Trump masih sempat mengenakan sekatan ke atas beberapa syarikat perisian dari China.

Beliau kini mengarahkan Jabatan Perdagangan untuk mengharamkan transaksi dengan lapan syarikat perisian iaitu AliPay, QQ Wallet, WeChat Pay, CamScanner, SHAREit, Tencent QQ, VMate dan WPS Office. Seperti arahan pengharaman lain sebelum ini, alasan menjaga keselamatan negara digunakan oleh pentadbiran Trump. Aplikasi-aplikasi yang disenaraikan tadi didakwa boleh menjejak lokasi penjawat awam, kontraktor dan mengumpul maklumat mengenai pergerakan setiap individu.

Trump semakin rancak mengharamkan urusan dengan syarikat-syarikat dari China sejak tiga minggu kebelakangan ini. Antaranya ialah menyahsenaraikan tiga syarikat telekomunikasi terbesar China dari bursa saham New York dan menghalang SMIC dari mengakses teknologi menghasilkan cip pemproses selepas Huawei dihalang dari menggunakan TSMC.



Paling Popular