Carian
Lei Jun: Xiaomi Sudah Merancang Untuk Membuang Pengecas Sejak 2015 Dan Bukannya Meniru Strategi Apple
January 6, 2021 Fahim Zahar

Tahun lepas, semasa pelancaran iPhone 12 – Apple telah membuang pengecas dalam pakej belian kerana berhasrat untuk menyelamatkan alam sekitar. Pengecas walau bagaimanapun boleh dibeli secara berasingan dan pada bulan Disember semasa pelancaran Xiaomi Mi 11, Xiaomi turut membuang pengecas tetapi menawarkannya secara percuma kepada sesiapa yang memerlukannya.

Ramai katakan yang Xiaomi meniru strategi Apple. Tetapi menurut Lei Jun, strategi untuk membuang pengecas dari produk Xiaomi sudah dirancang sejak tahun 2015 lagi. Menurut beliau, semasa syarikat Xiaomi berpindah ke lokasi baru – berkotak-kotak pengecas di buang begitu sahaja dan secara tidak langsung idea membuang pengecas ini terlintas dalam fikiran beliau.

Lei Jun turut mengumpul undian di Weibo untuk bertanyakan pendapat kepada orang ramai. Kini selepas lima tahun, akhirnya Xiaomi lakukan apa yang mereka rancang. Tetapi kenapa 2019, 2018 atau tahun sebelumnya tidak dan hanya selepas Apple melakukan hal sedemikian baru mereka lakukannya pada Mi 11. Mungkin Xiaomi sudah lupa mengenai perkara ini dan selepas Apple melancarkan iPhone 12 barulah mereka teringat?

Komen