Cari @ Amanz

Malaysia Super Corridor pada tahun 1996 telah merancang untuk segala pengurusan, pentadbiran dan penyimpanan tanpa kertas untuk kerajaan Malaysia. Tetapi menurut Khairy Jamaluddin (KJ), setiap hari mereka masih menerima kertas lagi.

Akhirnya selepas 25 tahun dari perancangan ini, Kabinet Malaysia kini 100% nirkertas. Semua dokumen atau pengurusan kini boleh diakses dari pelayan yang cukup selamat. Tahun lepas, pembentangan Belanjawan 2021 Dato’ Seri Tengku Zafrul Aziz telah mengatakan bahawa kerajaan akan mula memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar, dan mengurangkan penggunaan kertas. Semua ahli parlimen boleh imbas kod QR yang telah diberi untuk akses kepada dokumen. KJ turut berharap kelak Parlimen pula akan melakukan inisiatif ini, iaitu 100% nirkertas.

Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian seperti SAVE 2.0 dan juga Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti untuk memastikan bahawa sumber-sumber semula-jadi negara ini boleh dinikmati oleh generasi akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd