Markah Penanda Aras Peranti Misteri Terkini Oppo Ditemui Di Geekbench

Markah Penanda Aras Peranti Misteri Terkini Oppo Ditemui Di Geekbench

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Sebuah peranti misteri terbaru daripada Oppo kini telah ditemui di laman Geekbench. Peranti tersebut didapati muncul dengan kod nama OPPO CPH2173 dan seperti kebiasaannya penyenaraian hanya akan memperlihatkan spesifikasi yang terhad sahaja pada peranti.

Melaluinya, kita juga boleh melihat jumlah markah penanda aras yang berjaya dirangkul oleh peranti ini. Di mana, ia merangkul sebanyak 1,134 mata untuk ujian satu teras dan 3,660 mata pula untuk pelbagai teras. Selain itu, peranti ini juga dipercayai hadir dengan RAM sebesar 12GB dan perisian Android 11. Meskipun, butiran mengenai pemproses tidak didedahkan secara khusus. Tetapi, Kod nama ‘Lahaina’ sering berkait rapat dengan cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 888.

Buat masa ini, masih belum jelas mengenai nama model. Tetapi, ura-ura mengatakan ia berkemungkinan akan dilancarkan sebagai Oppo Find X3 kelak. Ia bagaimanapun, masih di peringkat spekulasi awal sahaja. Dalam perkembangan berbeza, skor AnTuTu untuk Oppo Find X3 juga sebelum ini dilaporkan telah tertiris – di mana, ua mencatat skor sebanyak 771,491 mata.


Paling Popular