Carian
Skor AnTuTu Oppo Find X3 Tertiris – Mencatatkan Nilai Melebihi 770000
January 5, 2021 Fahim Zahar

Oppo Find X3 adalah peranti mercu Oppo yang akan dilancarkan pada tahun ini. Peranti ini akan mempunyai kemampuan kamera lebih hebat, skrin yang cantik dan dikatakan akan menggunakan teknologi skrin dengan warna 10-bit seakan paparan XDR daripada Apple.

Spesifikasi penuh peranti ini masih belum didedahkan lagi, tetapi pengganti Oppo Find X2 ini dijanjikan akan mengubah persepsi pengguna terhadap paparan pada peranti Android. Terkini, skor AnTuTu peranti ini telah ditiriskan oleh Ice Universe. Peranti dilihat mencatat skor 771,491. Ini adalah skor yang sangat tinggi, kerana kebanyakan skor peranti mercu dengan cip 5nm adalah sekitar 600k sahaja. Mi 11 mencatatkan skor 710k, tetapi ada kerisauan terhadap isu memanas.

Oppo Find X3 masih belum dilancarkan lagi, jadi tidak pasti bagaimana dengan suhunya dan sistem penyejukan. Jika tidak, cip Apple A14 akan terbukti yang paling berkuasa, efisien dan stabil. Sama-sama kita nantikan.

Komen