Intel RealSense ID Dilancarkan Untuk Memperkenalkan Imbasan Wajah Pada Mesin ATM Dan Pembelian Di Kedai

Intel RealSense ID Dilancarkan Untuk Memperkenalkan Imbasan Wajah Pada Mesin ATM Dan Pembelian Di Kedai

Diterbitkan pada Jan 7, 2021 oleh .

Sistem imbasan wajah 3D RealSense telah disokong pada komputer riba Windows sejak beberapa tahun yang lalu. Menyahkunci komputer adalah semudah melihat kamera web. Pada peranti iPhone juga imbasan wajah secara 3D kini adalah ciri standard. Intel hari ini mengumumkan pula RealSense ID yang ingin menawarkan imbasan wajah 3D untuk kegunaan komersial.

RealSense ID menyasarkan penggunaan pada mesin ATM, sistem pembayaran dalam kedai, pintu pintar, lapangan terbang dan banyak lagi yang memerlukan pengesahan identiti. Seperti Face ID, RealSense ID dilengkapi rangkaian neural yang boleh mengenali wajah walaupun selepas berlaku perubahan seperti memakai cermin mata atau muka mula berjambang.

Intel juga berkata sistem keselamatan cukup pintar untuk mengelakkan penipuan kerana dapat membezakannya dengan gambar dua dimensi, video ataupun pemakaian topeng. Sistem kamera ini telahpun ditawarkan kepada perniagaan pada harga $99 sebuah.



Paling Popular