Carian
OnePlus Buds Z Ditawarkan Pada Harga RM209 Untuk Hari Ini
January 7, 2021 Amy Maizuraa

Berita baik buat pengguna di Malaysia yang menyimpan hasrat untuk memiliki OnePlus Buds Z. Kini, anda boleh memilikinya pada harga lebih rendah berbanding harga asal. Di mana, penjimatan sebanyak RM20 boleh dinikmati menerusi promosi terhad daripada OnePlus ini.

Melaluinya, OnePlus Buds Z kini boleh dibeli pada harga hanya RM209. Ia ditawarkan secara eksklusif menerusi laman e-dagang, Lazada dan promosi terhad untuk sehari sahaja – iaitu hari ini, 7 Januari 2021.

Dalam perkembangan berbeza, OnePlus Malaysia juga telah mengesahkan bakal memperkenalkan OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition. Penawaran harga untuk edisi istimewa ini bagaimanapun masih belum diumumkan. Setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

Komen