Cari @ Amanz

Seperti dijanjikan, OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Harga yang ditawarkan adalah RM229 dan jualan pertama akan bermula pada 14 Januari 2021. Bagi yang berminat, ia boleh didapati secara ekslusif menerusi Shopee dan setiap pembelian akan didatangkan dengan jaminan waranti selama setahun.

Untuk makluman, spesifikasi dalaman OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition masih sama seperti versi standard. Cuma bezanya, kemasan luaran fon telinga ini tampil lebih unik menjadikannya sebuah koleksi yang menarik untuk dimiliki. Kemasan ini adalah hasil kerjasama OnePlus bersama pereka dan artis dari Los Angeles iaitu Steven Harrington.

Dalam perkembangan berbeza, OnePlus turut hadir dengan promosi masa terhad untuk OnePlus Buds Z versi standard. Melaluinya, ia kini dijual pada RM209 yang mana dilihat RM20 lebih murah berbanding harga asal. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk sehari sahaja – iaitu pada 7 Januari 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd