Carian
TikTok Memadam Video Presiden Trump Dari Platform Mereka
January 8, 2021 Effi Saharudin

Satu demi satu platform media sosial mula mengehadkan penyebaran mesej yang menggalakkan rusuhan oleh Presiden Trump. Terkini TikTok mula memadam kesemua video ucapan beliau yang telah dimuat naik oleh penyokong dan menghalang tagar #stormthecapitol dan #patriotparty yang digunakan oleh penyokong dari platform mereka.

Seperti yang dilakukan oleh Twitter dan Facebook, video dipadam atas kerana penyebaran maklumat tidak tepat yang disampaikan beliau boleh menggunakan keselamatan dan keharmonian Amerika Syarikat. Terdapat ironi yang besar di sini kerana TikTok telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan TikTok di Amerika Syarikat atas sebab ancaman kepada keselamatan negara.

Awal pagi tadi Facebook melanjutkan tempoh penggantungan Trump dar platform mereka selama dua minggu lagi selepas hanya menggantung beliau selama 24 jam kerana melanggar terma dan syarat laman.

Komen