Televisyen Sony BRAVIA XR Dilancarkan Dengan Skrin 8K, Google TV Dan Kepintaran Kognitif

Televisyen Sony BRAVIA XR Dilancarkan Dengan Skrin 8K, Google TV Dan Kepintaran Kognitif

Diterbitkan pada Jan 8, 2021 oleh .

Sempena CES 2021, Sony melancarkan beberapa lima televisyen pintar terkini mereka yang menyokong panel 8K, OLED, sistem operasi Google TV dan kecerdasan kognitif. Televisyen-televisyen ini adalah di bawah siri MASTER Series Z9J 8K LEDMASTER Series A90J, MASTER Series A80J OLED,  X95J dan X90J 4K LED.

Kesemua dilengkapi cip pemproses Cognitive Processor XR terkini yang menurut Sony mampu menghasilkan semua imej dan audio seperti yang didengari oleh manusia. Kepintaran kognitif tambah mereka lagi adalah lebih pintar menganalisa imej supaya memberikan pengalaman tontonan kandungan lebih baik dan tidak mampu dihasilkan oleh kecerdasan buatan biasa.

Selain itu cip ini menyokong sistem audio 3D Surround. Setiap televisyen BRAVIA XR turut dilengkapi aplikasi penstriman BRAVIA CORE yang menawarkan kesemua filem keluaran Sony Pictures Entertainment dan ditambah baik dengan sokongan visual pada nisbah skrin IMAX. Bagi pelanggan perkhidmatan penstriman, kerjasama dengan Netflix turut memastikan kandungan yang ditonton adalah sama seperti yang dihasilkan di studio menerusi Netflix Calibrated Mode.

Televisyen-televisyen ini juga hadir dengan HDMI 2.1 bagi mengaktifkan mod 4K 120fps, Variable Refresh Rate (VRR), Auto Low Latency Mode (ALLM) and e-ARC untuk menyokong konsol permainan video terkini PlayStation 5.

Akhir sekali ialah Sony berpindah ke sistem operasi terbaru Google TV menggantikan Android TV sebelum ini. Ini ialah sistem operasi televisyen pintar berasaskan Android 10 seperti yang ditemui pada dongel Chromecast With Google TV. Kesemua televisyen yang diumumkan hari ini akan dijual bermula musim bunga 2021 tetapi harga masih belum diumumkan.


Paling Popular