Cari @ Amanz

Sebentar tadi, kami telah melaporkan mengenai aplikasi OnePlus Health. Aplikasi ini akan menjadi hab setempat untuk peranti boleh pakai OnePlus seperti OnePlus Band dan kelak OnePlus Watch. Aplikasi ini dilihat dijenamakan semula sahaja daripada HeyTap Health daripada Oppo.

Pihak XDA telah ekstrak fail APK ini dan menemui beberapa ingormasi baharu mengenai OnePlus Band dan OnePlus Watch. Nampaknya sudah sah yang OnePlus Watch akan hadir dalam bentuk bulat. Aplikasi ini dilihat menawarkan 25 muka jam berbeza untuk OnePlus Watch dan mempunyai lima antaramuka khas bertemakan Cyberpunk 2077. Ini selari dengan tali jam OnePlus Watch yang dikatakan mungkin akan hadir dengan tema permainan video ini.

Selain itu, muka-muka jam OnePlus Band turut diperlihatkan. Terdapat 37 rekaan yang menarik, ringkas, berwarna-warni dan pengguna pasti akan kenali tema OnePlus. Antaramuka OnePlus Band turut diperlihatkan, yang mana adalah seakan Mi Band tetapi dengan rekaan OnePlus, font serta warna yang OnePlus gemar gunakan. Ia turut memperlihatkan fungsi mengimbas kandungan oksigen dalam darah, ada mod sukan, mod ambien untuk melihat jam, animasi yang ringkas dan lancar.

Sumber menyatakan yang OnePlus band turut akan hadir dengan pengimbas nadi 24 jam, pemantauan tidur, skrin 1.1-inci AMOLED, bateri 14 hari, 13 mod sukan, perlindungan IP68 dan mungkin dijual pada harga sekitar RM138.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd