Kaca Mata Facebook Dijangka Hadir Pada 2021 – Mungkin Tidak Menyertakan Sokongan AR

Diterbitkan pada Jan 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook sebelum ini sedia menyatakan kerjasama dengan pihak Ray-Ban dalam membangunkan sebuah kaca mata pintar tersendiri. Menurut laporan Bloomberg terbaru, kaca mata Facebook ini dijangka diperkenalkan lebih awal, iaitu pada 2021 ini, tetapi mungkin tanpa ciri AR.

Untuk fasa permulaan, kaca mata pintar pertama mungkin tidak akan menyertakan sokongan realiti-terimbuh (AR), tetapi menawarkan ciri-ciir berhubung yang lain. Mengikut peranti yang diuji oleh Facebook, kaca mata pintar ini merakamkan video, audio, data lokasi, serta melakukan penjejakan mata.

Pada hari ini, ada kalanya pengguna merakamkan sesuatu peristiwa, dan hilang memori melihatnya dengan mata sendiri. Melalui penggunaan kaca mata pintar ini, ia akan memudahkan pengguna menikmati sesuatu peristiwa dan pada masa yang sama merakamkannya.

Sebelum ini, beberapa syarikat lain turut pernah hadir dengan kaca mata pintar, termasuk Snap dengan Spectacles, dan juga Google dengan Google Glass.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami