Baidu mempunyai sistem swapandu Baidu Apollo, atau Apolong. Sistem ini digunakan kepada beberapa kereta dan ujian tanpa manusia telah pun dilakukan pada tahun lepas. Tetapi, Baidu masih tidak mempunyai syarikat automotif atau kereta tersendiri lagi.
Terkini menurut Reuters, Baidu dilaporkan ingin hadir dengan syarikat kereta elektrik pintar tersendiri. Kilamng yang akan menghasilkan kenderaan ini pula dikatakan adalah Geely dan Baidu dikatakan ingin memegang majoriti daripada pegangan ke atas syarikat baru ini. Sejak tahun lepas lagi Baidu telah pun merancang mengenai pembagngunan syarikat ini dengan Geely, Guangzhou Automobile Group Co Ltd (GAC) dan China FAW Group Corp Ltd Hongqi.

Baidu boleh dikatakan adalah Google di China. Jadi tidak terkejut jika syarikat gergasi seperti ini ingin ke langkah yang lebih serius dalma automotif. Pesaing mereka seperti Alibaba sudah bekerjasama dengan SAIC Motor Corp dan Didi Chuxing pula telah bekerjasama dengan BYD untuk kenderaan elektrik tersendiri.
Bagi yang tidak mengenali Geely, Geely juga berkaitan rapat dengan Proton. 49.9% Proton dipegang oleh Geely dan kenderaan seperti Proton X50 dan Proton X70 adalah inspirasi dari kereta Geely di China.