Serentak dengan pelancaran Redmi 9T dan Redmi Note 9T sebentar tadi, Mi Smart Clock juga telah dilancarkan. Jam meja pintar ini menyokong kawalan suara Google Assistant yang membolehkan ia menjadi hub kesemua peranti berhubung di rumah seperti Nest Hub.

Mi Smart Clock dilengkapi skrin sesentuh 3.97″ inci LCD berwarna dan pembesar suara terbina. Dengan ini ia turut boleh digunakan untuk menstrim muzik kegemaran anda dan membaca berita di waktu pagi sejurus selepas bangkit dari tidur.
Selain menjadi sebuah jam meja pintar, Mi Smart Clock turut boleh memaparkan gambar kegemaran terus dari akaun Google Photos pengguna. Sebuah Mi Smart Clock dijual pada harga €49.99 (~RM247) dalam warna putih sahaja buat waktu ini.