Cari @ Amanz

Twitter sebentar tadi mengambil langkah drastik menggantung akaun milik Donald Trump selepas hanya menguncinya selama 12 jam. Tindakan diambil selepas mengambil kiri risiko akaun boleh digunakan Trump untuk menggalakkan lagi keganasan dan rusuhan di kalangan penyokong beliau.

Selepas akaun beliau dinyahkunci semalam, Trump memuat naik video yang mengutuk rusuhan yang berlaku di bangunan Capitol disebabkan oleh penyokong beliau. Belaiu memohon penyokong supaya bertenang dan menghormati undang-undang sedangkan beliau sendiri menggesa penyokong untuk pergi ke bangunan tersebut untuk menghalang pengesahan kemenangan Biden dalam pilihanraya presiden.

Sebelum ini Twitter ada menyebut kekebalan Trump akan ditarik selepas Biden mengangkat sumpah sebagai presiden 20 Januari hadapan. Tetapi kekebalan beliau melanggar terma dan syarat laman ditarik lebih awal disebabkan insiden yang setakat ini telah meragut 2 nyawa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd