Cari @ Amanz

Moto G Stylus (2021) Hadir Dengan Skrin Lebih Besar Dan Cip Snapdragon 678

Link Copied!

Selepas banyak maklumat tertiris mengenainya tersebar ke arena web, kini Moto G Stylus (2021) akhirnya telah diperkenalkan secara rasmi. Peranti pintar ini dilihat hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding pendahulunya – termasuk paparan skrin lebih besar. Ia juga merupakan sebuah lagi peranti daripada jenama ini yang hadir dengan sokongan stylus terbina.

Untuk spesifikasi khusus, Moto G Stylus (2021) dilengkapi skrin 6.8-inci IPS FHD+ (2400 × 1080), dijana cip Snapdragon 678, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,000mAh dengan pengecasan 10W. Seterusnya, ia juga menggunakan sistem kuad-kamera utama dengan konfigurasi 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara, kamera swafoto adalah sebesar 16-Megapixel.

Spesifikasi lain terdiri dengan stylus terbina, sokongan pengimbas cap jari sisi, sokongan bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan adalah $299.99 (~RM1209) untuk sebuah dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Aurora Black serta Aurora White.


Komen ()