Carian
Rekaan Pengecas Samsung 65W Untuk Galaxy S21 Tertiris
January 11, 2021 Effi Saharudin

Samsung akan melancarkan Galaxy S21 pada 14 Januari ini dengan ura-ura pengecas tidak akan disertakan dengan setiap pembelian. Hari ini rekaan pengecas 65W yang kewujudannya mula didengari September tahun lalu telahpun tertiris.

Pengecas ini dilihat menyokong pengecasan 5V/3A, 9V3A, 15V/3A, dan 20V/3.25A menerusi port USB-C. Pada bahagian sisi tertera ayat Super Fast Charging. Walaupun rekaannya pengecas tertiris, Samsung Galaxy S21 dipercayai hanya menyokong pengecasan sehingga 45W sahaja. Pengecasan dengan kuasa yang lebih tinggi ini mungkin dihasilkan untuk peranti di masa hadapan yang bakal menyokong sistem pengecasan lebih pantas.

Komen