Selangor Akan Membeli Lima Juta Dos Vaksin Covid-19 Untuk Penduduk Dan Warga Asing

Selangor Akan Membeli Lima Juta Dos Vaksin Covid-19 Untuk Penduduk Dan Warga Asing

Diterbitkan pada Jan 11, 2021 oleh .

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini berkata negeri Selangor akan memberi di antara 3 hingga 5 juta dos vaksin Covid-19 bagi membendung penularan wabak. Pembelian dilakukan kerana Selangor adalah negeri yang kerap mencatatkan kes jangkitan tertinggi sejak wabak dikesan tahun lalu.

Tambah beliau lagi pembelian juga perlu untuk keperluan industri negeri yang memerlukan ramai tenaga kerja asing. Vaksin kemudiannya perlu dibeli oleh pekerja asing sementara rakyat negeri Selangor akan menerimanya secara percuma. Sungguhpun begitu keputusan kerajaan ini akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis Mesyuarat Keselamatan Negeri (MMKN) pada hari Rabu ini.

Terdahulu kerajaan Malaysia bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos meliputi 39% populasi penduduk Malaysia dan akan diterima sepanjang tahun 2021.



Paling Popular