Carian
Vivo Y31s Hadir Dengan Sokongan Cip Snapdragon 480 Dan Bateri 5000mAh
January 11, 2021 Amy Maizuraa

Dalam diam-diam, Vivo dilihat mengemaskini barisan peranti di bawah siri Y mereka dengan memperkenalkan sebuah lagi model baharu – iaitu Vivo Y31s. Ia hadir dengan sokongan cip Snapdragon 480 yang diperkenalkan sekitar 4 Januari 2021. Sekaligus, menjadi yang pertama menggunakan cip berkenaan.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y31s dilengkapi paparan bersaiz 6.58-inci IPS LCD FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Ia turut dibantu oleh sokongan memori 6GB RAM (LDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.1) dan bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Spesifikasi lain terdiri dengan pengimbas cap jari sisi, sokongan 5G terbina, dual-band WiFi, Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, sistem operasi Android 11 dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Monot Color, Titanium Empty Gray dan Ruby Red . Untuk harga, peranti pintar ini dijual di China pada RMB1,698 (~RM1,061).

Komen