Sony Memperlihatkan Rekaan Dron Pertama Mereka Secara Rasminya – Airpeak

Sony Memperlihatkan Rekaan Dron Pertama Mereka Secara Rasminya – Airpeak

Diterbitkan pada Jan 12, 2021 oleh .

Sony sebelum ini telah mengumumkan akan memasuki arena dron, melalui perniagaan dinamakan Airpeak – sekaligus mencabar pengeluar lain seperti DJI dan sebagainya.

Lanjutan daripada sekadar pengumuman sahaja sebelum ini, hari ini Sony turut memperlihatkan dron mereka secara rasminya kepada umum.

Dron daripada Sony yang dijenamakan dibawah Airpeak ini memfokuskan kepada pengguna awam yang ingin merakamkan gambar dan video daripada rakaman udara. Pada hari ini, antara jenama dron yang popular untuk tujuan berkenaan adalah DJI, Skydio dan juga Parrot.

Melalui video yang dipertontonkan Sony, mereka menunjukkan kebolehan sokongan kamera siri Sony Alpha yang dipautkan terus pada dron berkenaan, dan penggunaan penstabilan imej berasaskan kecerdasan buatan ketika ia terbang.

Buat masa ini, Sony masih belum berkongsi berkenaan bilakah Airpeak akan ditawarkan kepada pengguna umum.



Paling Popular