Carian
Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3060, RTX 3070 Dan RTX 3080 Ditawarkan Untuk Komputer Riba
January 13, 2021 Effi Saharudin

Sekiranya anda mahukan kemampuan grafik tertinggi, platform PC ialah yang terbaik berbanding konsol. Semalam NVIDIA mengumumkan kad grafik GeForce RTX 3060, GeForce RTX 3070 dan GeForce RTX 3080 akan ditawarkan untuk 70 komputer riba gaming tahun ini.

Kesemua kad grafik ini diubahsuai dengan rekaan Max-Q generasi ketiga bagi memastikan penyejukan optimum dapat diberikan di dalam kerangka komputer riba yang kecil. Seperti kami laporkan hari ini, antara komputer riba yang menggunakan kad grafik paling berkuasa di pasaran ini ialah Razer Blade 15.

Menurut NVIDIA, kad grafik GeForce RTX 3060 adalah 1.3 kali lebih berkuasa berbanding PlayStation 5. Kad grafik GeForce RTX 3070 pul adalah 1.5 kali lebih berkuasa berbanding GeForce RTX 2070 manakala Geforce RTX 3080 pula ditawarkan dengan 16GB GDDR6. Ini ialah saiz RAM yang lebih besar berbanding RTX 3080 versi desktop.

Komputer riba dengan kad grafik berkuasa siri GeForce RTX 3000 Max-Q ini akan mula ditawarkan pada harga bermula $999 sebuah bulan ini. Bagi mereka yang telah lama mencari komputer riba gaming yang berkuasa, impian anda kini menjadi realiti cuma bergantung kepada ketebalan dompet.

Komen