Cari @ Amanz

Oppo Reno5 telah disahkan hadir ke pasaran tempatan pada 18 Januari 2021 dan terdapat dua model berbeza yang akan ditawarkan iaitu Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro. Bagi memeriahkan lagi kedatangan peranti pintar tersebut, Oppo kini memaklumkan bahawa sesi pra-tempahan untuk kedua-dua model telah dibuka bermula hari ini – 26 Januari 2021.

Lebih menariknya, setiap pra-tempahan akan didatangkan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM397 yang terdiri dengan – seunit Enco W11 (bernilai RM159), kerangka telefon pintar (bernilai RM129) dan jaminan waranti tambahan selama satu tahun (bernilai RM109).

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan dengan membayar deposit sebanyak RM100 terlebih dahulu (ia tidak akan dikembalikan) dan setiap transaksi ini melayakkan anda untuk mendapat satu baucar diskaun berjumlah RM200. Baucar diskaun ini sah digunakan bermula 18 – 26 Januari 2021 untuk pembelian siri Oppo Reno5 sahaja menerusi kedai atas talian rasmi Oppo.

Oppo Reno5

Buat masa ini, harga rasmi masih belum diumumkan lagi. Seperti biasa, untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran spesifikasi khusus dan harga rasmi untuk peranti ini, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selebihnya. Sebelum itu, anda juga boleh melihat terlebih dahulu mengenai rekaan pada Oppo Reno5 untuk pasaran Malaysia pada artikel kami sebelum ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd