Akaun YouTube Donald Trump Pula Digantung Selama Seminggu

Akaun YouTube Donald Trump Pula Digantung Selama Seminggu

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Sebentar tadi YouTube mengumumkan penggantungan akaun Donald Trump di platform mereka kerana memuat naik video yang mempunyai risiko menimbulkan keganasan. Akaun akan digantung sekurang-kurangnya selama seminggu dan bahagian komen telahpun dimatikan pada waktu ini.

Ini ialah sebuah lagi akaun media sosial milik Trump yang telah digantung atau dihalang sejak rusuhan Bangunan Capitol berlaku pada 6 Januari lalu. Setakat ini akaun Twitter Trump telah digantung selama-lamanya kerana terlalu kerap melanggar terma dan syarat laman. Beliau turut dihalang dari menghantar ciapan menerusi akaun @POTUS dan tidak boleh menghasilkan akaun baharu.

Video-video beliau yang menyeru serangan dilakukan ke atas “pengkhianat” dan mendakwa Biden tidak memenangi pilihanraya presiden juga telah dipadam dari Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok. Walaupun masih bebas untuk ke udara di stesen televisyen, Trump enggan menggunakan media arus perdana kerana enggan menjawab sebarang soalan dari wartawan.


Paling Popular