Untuk mengukur kandungan gula dalam darah, seperti untuk ketahui seseorang itu ada diabetes atau tidak – jarum perlu dicucuk di jari dan peranti akan membaca kandungan darah yang dititiskan. Tiada lagi kaedah yang boleh dilakukan tanpa jari dicucuk dengan jarum.

Terkini, di CES 2021 sebuah syarikat pemula dari Jepun iaitu Quantum Operation berjaya menghasilkan jam tangn pintar atau sejenis penjejakm kesihatan mirip Apple Watch dengan teknologi yang menyelesaikan masalah Noninvasive continuous glucose monitoring terbina. Mereka mendakwa dengan spektrometer yang terbina dalam jam, ia boleh membaca kandungan gula dalam darah dengan tepat. Selain itu, jam ini turut boleh mengimbas nadi dan membaca ECG.

Syarikat ini menyatakan perkara ini tidak mustahil kerana mereka menggunakan rekaan spektroskopi tersendiri yang telah dipatenkan. Jam ini hanya mengambil masa 20 saat sahaja untuk memperoleh data yang sepatutnya. Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa teknologi mereka boleh memperoleh data ini dengan lebih jitu dari produk yang lebih kurang sama yang ada di pasaran.
Tahun 2018, Apple pernah mempatenkan teknologi yang boleh sukat kandungan gula dalam darah. Tetapi sehingga hari ini ia masih tidak direalisasikan. Tetapi tiada informasi lagi dari Quantum Operation bila produk ini akan dijual kepada umum dan apakah harganya. Sama-sama kita nantikan.