KKMM Akan Menjalankan Siasatan Menyeluruh Berkenaan Masalah Ciapan Dari Akaun Rasmi SKMM

KKMM Akan Menjalankan Siasatan Menyeluruh Berkenaan Masalah Ciapan Dari Akaun Rasmi SKMM

Diterbitkan pada Jan 13, 2021 oleh .

Sejak malam semalam, telah tular berkenaan ciapan yang tidak senonoh daripada tahun 2014 melalui akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menyentuh mengenainya hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengarahkan pihak KKMM untuk menjalankan siasatan menyeluruh dari semua sudut termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter SKMM.

Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengatakan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang bertanggungjawab – tidak kira masih berkhidmat di SKMM atau tidak.

Sebelum ini, pada malam semalam, SKMM mengatakan akaun mereka telah diceroboh. Tetapi, melalui pengamatan kami sendiri, ia adalah perkongsian semula Tweet daripada akaun laman. Pelbagai spekulasi menjurus kepada mengatakan pihak pengurus media sosial SKMM mungkin telah membeli akaun Twitter berkenaan daripada pengguna lama, dan menjenamakannya semula kepada akaun rasmi SKMM.



Paling Popular