Foxconn, salah satu syarikat yang terkenal melakukan pengeluaran peranti mudah-alih, termasuk untuk iPhone, kini bekerjasama dengan pihak Geely untuk membantu pengeluaran kenderaan syarikat lain.
Dengan langkah ini, Foxconn terus memperluaskan kepakaran mereka dalam arena automotif, sementara Gelly pula mempunyai rakan kerjasama teknologi yang diperlukan.
Secara ringkasnya, seperti Foxconn mengeluarkan telefon atau peranti pintar untuk syarikat lain pada hari ini, perkara sama akan diperluaskan kepada pengeluaran kereta untuk syarikat lain.
Kerjasama ini akan memperlihatkan syarikat kerjasama Foxconn dan Geely ini menawarkan sokongan pengeluaran kenderaan, sistem peamnduan pintar, serta kepakaran lain dalam membantu syarikat lain untuk mmengeluarkan kenderaan tersendiri.
Selain bersama Foxconn, Geely yang juga mempunyai pegangan dalam Proton, sebelum ini telah bekerjasama dengan Baidu dala pembangunan kenderaan elektrik tersendiri.