Carian
Kini, Fitbit Milik Google Sepenuhnya
January 14, 2021 Aman

Google pada 2019 yang lepas telah mengumumkan pengambil-alihan Fitbit – salah satu pengeluar peranti kecergasan yang popular di dunia. 

Kini, selepas melalui pelbagai fasa, termasuk pengesahan daripada pihak berkuasa, Google hari ini mengumumkan mereka telah selesai mengambil-alih sepenuhnya Fitbit.

Fitbit dikatakan mempunyai lebih 29 juta pengguna aktif, yang menggunakannya untuk tujuan kecergasan, selain versi baru yang turut hadir dengan pengurusan stres, pemantauan ECG, dan beberapa yang lain.

Google turut menekankan mereka tidak akan menggunakan data Fitbit untuk tujuan pengiklanan, dan komited berkenaan privasi.

Kini, dengan dibawah Google, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan seterusnya untuk Fitbit – dan apakah produk baru yang akan hadir dengan kini Fitbit dibawah Google.

Komen