Seperti yang dijangkakan, Samsung kini mengesahkan yang mana Samsung Galaxy S21 tidak akan hadir bersama-sama dengan pengecas dalam kotak.
Kotak pembelian telefon mercu siri Galaxy S21 ini akan hadir bersama-sama telefon, kabel USB-C ke USB-C, dan pin untuk SIM.

Pengguna perlu membeli pengecas secara berasingan sekiranya tidak mempunyai kepala pengecas di rumah.
Di Malaysia, siri Samsung Galaxy S21 ditawarkan pada harga bermula RM3699, dan mencapai harga RM5899 untuk model paling berspesifikasi tinggi.