Samsung Galaxy S21 Tidak Menyokong Salah Satu Ciri Samsung Pay Yang Diminati Ramai – MST

Diterbitkan pada Jan 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy S21 secara rasminya pada malam tadi. Apa pun, telefon pintar ini dilihat tidak menyertakan beberapa perkara, termasuk sokongan pengecas dalam kotak, dan tiada lagi sokongan kad mikro-SD.

Disamping itu, satu lagi ciri yang turut dibuang adalah sokongan MST (Magnetic Secure Transmission) yang digunakan untuk tujuan Samsung Pay.

Boleh dikatakan ia menjadikan Samsung Pay sedikit unik sebelum ini, membolehkan ia digunakan pada sejumlah terminal pembayaran dengan memberikan kesan seumpama anda menggunakan kad kredit untuk memproses bayaran. Ini sekaligus menjadikan Samsung Pay diterima pada sejumlah kedai dengan terminal lama – walaupun tidak menyokong NFC.

Walaupun ciri ini mempunyai beberapa kekangan, termasuk kadang-kala gagal berfungsi, kini Samsung dilihat membuangnya terus pada siri Galaxy S21.

Malah, Samsung turut mengatakan mereka akan memfokuskan ciri transaksi NFC sahaja untuk Samsung Pay untuk peranti yang dilancarkan bermula 2021 ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami