Carian
Oppo A93 5G Kini Rasmi – Dilengkapi Skrin 90Hz, Bateri 5000mAh
January 15, 2021 Amy Maizuraa

Oppo sedia hadir dengan penawaran Oppo A93 sebelum ini yang dijana cip MediaTek Helio P95. Di Malayia, peranti pintar ini dijual pada harga RM1,199. Dalam perkembangan terkini, Oppo dilihat memperkenalkan Oppo A93 dalam variasi 5G pula. Buat masa ini, ia ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.

Secara kasarnya, rekaan pada panel belakang Oppo A93 5G kelihatan berbeza dengan variasi yang sebelum ini. Ia dilihat menggunakan modul kamera berbentuk segi empat memanjang dengan sistem tri-kamera utama. Bukan itu sahaja, terdapat juga perbezaan pada panel hadapan yang mana Oppo A93 5G hanya hadir dengan skrin berlubang bersama sokongan lensa swafoto tunggal.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A93 5G dilengkapi paparan 6.5-inci IPS LCD FHD+ dengan skrin kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 480 (SM4350), memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W.

Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan sensor 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan adalah sebesar 8-Megapixel. Harga jualan untuk Oppo A93 5G adalah bermula CNY1,999 iaitu sekitar ~RM1247 untuk seunit.

Komen