Cari @ Amanz

Samsung Kini Menawarkan Pengecas 25W PD Pada Harga RM79

Link Copied!

Samsung tidak lagi akan menawarkan kepala pengecas dan fon telinga dengan setiap pembelian peranti mereka tahun ini atas sebab ingin mengurangkan sisa elektronik. Semalam di acara Unpacked, Samsung mengatakan harga pengecas pantas 25W mereka akan dikurangkan bagi membolehkan pembeli memilikinya sekiranya perlu.

Di Malaysia pihak Samsung Malaysia mengesahkan harga jualan pengecas 25W PD Adapter (USB-C) ini kini dikurangkan ke RM79 sebuah. Pengurangan dari harga asal RM129 sebelum ini. Ia hanya mempunyai satu port USB-C yang menyokong kabel USB-C ke USB-C yang disertakan dengan pembelian siri Galaxy S21. Pembelian boleh dilakukan menerusi laman rasmi Samsung atau kedai atas talian mereka bermula hari ini.


Komen ()