Antara penipuan yang berlaku apabila peranti dihantar ke pusat baik pulih ialah penggunaan alat ganti tidak asli dan komponen asli dicuri. Terdapat pasaran gelap menjual komponen asli Apple untuk memanjangkan hayat peranti lama yang tidak lagi disokong. Menurut laporan MacRumors, iOS 14.4 akan hadir dengan ciri baharu yang memberikan amaran sekiranya komponen kamera dikesan tidak asli.

Sebuah notifkasi amaran “Unable to verify this iPhone has a genuine Apple camera” akan terpampang pada skrin untuk memberitahu sistem mengesan kewujudan kamera tidak asli. Walaupun amaran terpapar, kamera masih lagi boleh digunakan. Sistem amaran yang sama telah digunakan Apple untuk skrin dan bateri. Apple memperkenalkannya bagi membanteras masalah alat ganti palsu apabila peranti dihantar ke pusat baik pulih tidak rasmi.
Apa yang percaya tindakan terbaru ini adalah satu lagi usaha Apple untuk memaksa pengguna membaiki peranti rosak menerusi pusat gantian rasmi yang mengenakan caj lebih tinggi. Pada waktu yang sama tidak dapat dinafikan sistem ini dapat menghalang penipuan terutamanya ketika menggantikan skrin dan bateri.