Apple Akan Memberikan Amaran Jika Kemas Kini iOS Memperlahankan iPhone

Apple Akan Memberikan Amaran Jika Kemas Kini iOS Memperlahankan iPhone

Diterbitkan pada Mei 23, 2019 oleh .

Apple menimbulkan kemarahan pengguna iPhone selepas kemas kini perisian iOS 10.2.1 menyebabkan sebilangan peranti mengalami pengurangan prestasi. Menurut Apple ini diaktifkan sekiranya peranti mengesan bateri tidak lagi beroperasi pada tahap optimum. Bagi mengelakkan peranti mengalami masalah, prestasi pemproses dikurangkan.

Kerana Apple mengaktifkan sistem ini tanpa pengetahuan pengguna, mereka telah disaman dan disiasat oleh beberapa kumpulan hak pengguna. Di United Kingdom, Apple kini berjanji akan memberikan amaran kepada pengguna jika kemas kini akan mengakibatkan peranti menjadi perlahan. Ini dilakukan selepas mereka disiasat oleh Competition and Markets Authority yang menjaga hak pengguna di negara tersebut. Dengan amaran ini pengguna akan mempunyai maklumat yang lengkap sebelum memilih untuk terus melakukan kemas kini ataupun tidak.

Selain amaran pada peranti, maklumat mengenai perubahan yang berlaku pasca kemas kini turut akan dipaparkan pada laman web untuk rujukan pengguna. Kerana insiden iPhone diperlahankan selepas kemas kini, Apple meminta maaf, menawarkan program pertukaran bateri yang murah dan memberikan pilihan kepada pengguna untuk menyahaktifkan sistem memperlahankan pemproses secara manual menerusi iOS 11.3.



Paling Popular