Antaramuka Untuk Mematikan Sistem Memperlahankan iPhone Pada iOS 11.3 Diperlihatkan Oleh Apple

Antaramuka Untuk Mematikan Sistem Memperlahankan iPhone Pada iOS 11.3 Diperlihatkan Oleh Apple

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Apple mengesahkan mereka akan memberikan kebebasan kepada pengguna untuk mematikan sistem yang memperlahankan iPhone apabila peranti mengesan bateri tidak lagi beroperasi secara optimum.

Kemaskini iOS 11.3 kini sedang menjalani ujian Beta dan Apple telah berkongsi antaramuka pilihan baru Battery Health yang diakses menerusi skrin tetapan. Di dalam Battery Health pemilik boleh melihat tahap “kesihatan” bateri iPhone mereka bersama dengan notifikasi mengatakan peranti berfungsi secara optimum.

Seterusnya jika bateri mula mengalami masalah, notifikasi akan dipaparkan bahawa peranti telah diperlahankan bagi memastikan ia tidak akan mati secara rawak. Pemilik kemudian boleh memilih untuk mematikan sistem ini. Selepas dimatikan ia tidak boleh diaktifkan semula sehingga masalah mati secara rawak berlaku sekali lagi.

Apabila kesihatan bateri tidak dapat disukat pula, muncul pula notifkasi yang mengesyorkan pemilik menggantikan bateri. Kesemua fungsi ini dan banyak lagi akan boleh diakses pengguna iPhone apabila iOS 11.3 dijangka diberikan sekitar bulan Mac 2018


TIPS & ULASAN