Cari @ Amanz

Tindakan Apple menyertakan sistem yang memperlahankan iPhone bagi menyelesaikan masalah peranti mati secara rawak menerima kritikan hebat. Ia kali pertama diperkenalkan pada kemaskini iOS 10.2.1. Selepas Apple meminta maaf atas tindakan mereka ini, pelbagai saman telah difailkan di seluruh dunia. Sistem ini akan akhirnya boleh dimatikan menerusi kemaskini iOS 11.3 yang bakal hadir sekitar bulan Mac.

Apple iPhone XMenerusi kemaskini ini Apple akan turut menyertakan fungsi untuk memeriksa kesihatan bateri dari skrin tetapan pada iPhone 6 dan ke atas. Ia akan memberikan saranan apabila bateri tidak lagi berfungsi dengan baik. Fungsi mematikan sistem memperlahankan peranti pula akan diberikan kepada iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone SE, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

iOS 11.3 developer preview sudah boleh dimuat turun bermula hari ini. Ujian Beta kemudian akan menyusul sebelum kemaskini diberikan kepada semua peranti yang layak sekitar bulan Mac ini. Dengan pengumuman ini Apple memenuhi janji yang diberikan oleh Tim Cook hanya beberapa minggu yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd