Kuo – MacBook Pro Baharu Menggunakan Rekaan iPhone 12, Tiada Touch Bar Dan Menyokong MagSafe

Kuo – MacBook Pro Baharu Menggunakan Rekaan iPhone 12, Tiada Touch Bar Dan Menyokong MagSafe

Diterbitkan pada Jan 15, 2021 oleh .

Ming-Chi Kuo, penganalisa Apple yang pandangan diambil berat kerana kerap menjadi kenyataan mengeluarkan kenyataan. Menurut MacRumors beliau meramalkan perubahan yang akan berlaku pada MacBook Pro yang akan dilancarkan tahun ini. Pertama sekali model 14″ dan 16″ akan dihasilkan dengan skrin Mikro LED.

Dari segi rekaan, bahagian tubuh adalah lebih rata bagi menyelarikan rekaan dengan iPhone 12 dan iPad Pro sebelum ini. Rekaan klasik panel penutup dan sisi yang dibulatkan akan ditamatkan walaupun kini dianggap ikonik.

Macbook Pro 2016

Seterusnya Touch Bar tidak akan disertakan tetapi digantikan semula dengan butang fungsi fizikal. Beliau juga berkata lebih banyak port akan disertakan dan salah satunya ialah sistem pengecasan MagSafe. Tidak diketahui sama ada MagSafe dahulu yang akan digunakan semula atau generasi baharu seperti pada iPhone 12. Yang pasti paten untuk MagSafe baharu pada MacBook telah difailkan empat tahun lalu.

Akhir sekali kesemua MacBook Pro akan menggunakan cip Apple Silicon terkini bagi memberikan peningkatan prestasi sesuai dengan imej profesional siri komputer riba ini. Kedua-dua model MacBook Pro ini dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2021.


Paling Popular