Pelancaran Rasmi Honor V40 Ditunda Ke 22 Januari 2021

Pelancaran Rasmi Honor V40 Ditunda Ke 22 Januari 2021

Diterbitkan pada Jan 16, 2021 oleh .

Acara pelancaran rasmi untuk Honor V40 yang dijadualkan bakal diadakan pada 18 Januari kini ditunda ke 22 Januari 2021. Perkara ini dikongsikan oleh pihak Honor sendiri yang memaklumkan bahawa acara pelancaran ini dianjak disebabkan masalah berkaitan peralatan dan lokasi untuk acara pelancaran. Poster rasmi pelancaran baharu turut telah dikongsi dan Honor menyatakan peranti ini akan mula dijual di China pada hari yang sama.

Setakat ini, Honor sendiri dilihat sedikit sebanyak telah berkongsi sejumlah spesifikasi pada peranti. Di mana, Honor V40 bakal menggunakan skrin melengkung air terjun bersama lubang kamera swafoto berbentuk bujur. Selain, sensor kamera utama sebesar 50-Megapixel. Dalam perkembangan lain, terdapat juga desas-desus yang mengatakan ia dipercayai menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+. Seperti biasa, penawaran penuh peranti bakal terjawab pada acara pelancaran kelak.


Paling Popular