Cari @ Amanz

Tahun 2021 adalah cukup penting bagi Honor kerana mereka akhirnya beroperasi secara kendiri bebas dari payung Huawei. Oleh itu pelancaran peranti pertama adalah amat penting dan dinantikan. Hari ini Honor V40 5G telahpun disahkan dilancarkan pada 18 Januari selepas beberapa imej acah sahaja dikongsi.

Tarikh pelancaran diumumkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutif Honor George Zhao menerusi laman Weibo beliau. Dapat dilihat dengan jelas V40 5G mempunyai rekaan yang mirip Huawei Mate 40. Penggunaan skrin melengkung air terjun, lubang kamera swafoto berbentuk bujur dan butang laras audio fizikal pada sisi kanan. Peranti turut menggunakan rekaan bonggol kamera bulat dan dijana dengan cip Dimensity 1000+.

Honor masih lagi mempunyai operasi di Malaysia selepas dijual. Jadi kemungkinan V40 5G dipasarkan di negara kita boleh berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd