Carian
MySejahtera Kini Memberikan Notifikasi Dan SMS Apabila Disahkan Positif Covid-19
January 16, 2021 Effi Saharudin

Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi terbaik 2020 pada hemat kami kerana ia perlu digunakan serta membantu proses mencari kontak rapat sekiranya anda disahkan positif Covid-19. Hari ini aplikasi MySejahtera telah dikemaskini bagi memperkenalkan beberapa ciri yang sepatutnya telah disokong beberapa bulan yang lalu.

Pertama sekali ia kini memberikan notis pemberitahuan dalam bentuk SMS dan juga notifikasi terus pada peranti pintar apabila anda disahkan positif selepas menjalani ujian saringan. Mereka turut akan menerima nasihat serta pelan susulan penilaian kendiri.

Covid-19

Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kpd pengguna positif setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala dalam tempoh 10 hari berturut-turut. Jika pengguna bergejala, maklumat berkenaan akan terus disalurkan ke pusat penilaian COVID-19 dan pengguna akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, mereka boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya sudah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM. Selain itu aplikasi MySejahtera juga akan digunakan untuk mendaftarkan minat untuk menerima vaksin Covid-19 tetapi ciri ini masih belum diaktifkan.

Komen